Assalam, ^-^.... penulis ingin berkongsi tentang pentingnya keselamatan pada era globalisasi ini kepada masyarakat dari golongan ibubapa ataupun guru-guru. penulis sendiri amat mementingkan keselamatan diri, pada pandangan penulis sekiranya penulis mempunyai anak pastinya penulis akan menitikberatkan keselamatan mereka sama ada di dalam ataupun diluar rumah. Dengan sifat prihatin ini, penulis terbawa untuk berkongsi tentang beberapa tips-tips keselamatan dan apa itu sebenarnya keselamatan.
Pertama sekali ingin berkongsi tentang keselamatan isi rumah yang sering diabaikan oleh ibubapa dan keluarga pada masa kini. Seharusnya sebagai sebuah keluarga haruslah memastikan rumah merupakan temapt paling selamat dan dapat melindungi anak-anak dari sebarang ancaman luar yang sering berlaku pada masa kini. Sesetengah keluarga, hanya memikirkan keselamatan itu, adalah ancaman dari orang asing, tetapi mereka tidak sedar kelalaian mereka juga merupakan satu sebab berlakunya kecerderaan antaranya ialah :
- lantai yang licin - akan menyebabkan mereka terjatuh.
- barang-barang tajam di merata tempat - akan mendatangkan bahaya kepada mereka seperti yang kita maklum, kanak-kanak suka bermain dengan barang yang tajam.
- tempat memasak yang terlalu rendah - mereka akan mencapai dan mencuba untuk membuka tempat memasak ini boleh menyebabkan kebakaran di rumah.
- meletakkan bahan-bahan beracun ditempat yang mudah dicapai dan tidak ditutup - kanak-kanak beranggapan bahan-bahan ini sebagai alat permainan dan boleh dimakan, ini kerana baunya yang wangi seperti sabun akan merangsang mereka untuk makan dan menyebabkan keracunan pada diri mereka.
- lemas- bilik air dan besin berisi air yang terdedah akan mengakibatkan mereka tertarik untuk bermain dengan air.ini lebih teruk jika keadaan bilik air yang licin dan akan menyebabkan mereka terjatuh dan lemas.
PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN RUMAH ANADA LEBIH SELAMAT
- Jangan letak beg plastik ataupun belon dekat dengan bayi anda, ini akan mengakibatkan mereka lemas.
- Pastikan pengasuh anak anda berpengalaman di dalam menjaga kanak-kanak ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan.
- Pastikan alat mainan di susun ditempat yang betul, bagi mengelakkan anak anda terpijak alat mainan.
- Pastikan pagar rumah sentiasa di kunci terutamanya bagi yang mereka tinggal di kawasan taman, ini bagi mengelakkan mereka dari mengalami sebarang kecederaan termasuk penculikan yang semakin berleluasa pada masa ini.
- Beli alat pemadam api untuk simpanan sebagai langkah keselamatan jika berlaku sebarang kebakaran atau sebaliknya.
- Pastikan laman rumah anda sentiasa bersih dan tidak terdapat barang-barang tajam dipersekitaran seperti pemotong rumput, gunting pokok, dan cangkul.
- Pastikan alat permainan diluar rumah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi contonhya buaian haruslah mempunyai tali buaian yang kuat, terdapat banyak lagi perkara yang boleh anda ketahui tentang keselamatan dirumah, anda boleh melihatnya di blog keselamatan untuk kanak-kanak.
- Ibubapa dan guru boleh belajar melakukan bantuan pernafasan (CPU),jika berlakunya sebarang masalah pernafasan ataupun mereka lemasa atau sesak nafas.
- Ibubapa juga boleh mengajar anak-anak mereka berenang, ini bagi mengurangkan berlakunya masalah lemas ataupun kesesakan nafas di dalam air.
- Ajar anak anda supaya tidak menyentuh barang elektrik jika tangan mereka basah.
- Pastikan rumah anda mempunyai peti pertolongan cemas.
- Pastikan anada mengetahui nombor-nombor panggilan kecemasan seperti polis, bomba, dan lain-lain, agar memudahkan kita sekiranya berlakun sebarang kecemasan.
- Pastikan anda mengetahui asas sekiranya berlaku kecederaan ringan seperti bagaimana untuk menghentikan darah, bagaimana untuk mengatasi masalah melecur.
- Jika anak anda hilang dirumah, pastikan anak segera melaporkannya kepada pihak polis.
- Simpan potret anak atau ahli keluarga di rumah dengan pelbagai sisi.
- Ambil tahu dengan siapa anak berkawan dan berhubung.
- Amalkan memantau kegiatan anak jika mereka kerap menghabiskan masa bersembang dalam talian.
- Pastikan pintu rumah berkunci untuk mengelakkan anak keluar tanpa pengetahuan.
- Sebarkan gambar anak atau mangsa di kawasan awam seperti stesen minyak atau hentian dan sertakan nombor telefon anda.
- Simpan talian kecemasan pihak berkuasa di rumah, termasuk nombor telefon rakan atau sahabat kepada anak anda.
- Kanak-kanak
- Perlindungan kanak-kanak
- Pengabaian
bahaya termasuk mengancam nyawa.
- Penderaan kanak-kanak
- Penderaan emosi
- Penderaan fizikal
- Penderaan seksual
DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA OBJEKTIF
- kesedaran dan komitmen pelbagai pihak usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama
- mewjudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak.
- meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak.
- menggalakkan organisasi berhubung secara lansung dan tidak langsung dengan kanak-kanak.
- mewjudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing.
- melindungi setiap kanak-kaank daripada sebarang bentuk pengabaian penderaan, keganasan, dan ekploitasi.
- menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja yang oleh berusan secara langsung dengan kanak-kanak.
- meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pegabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi erhadap kanak-kanak.
Lindungi anak anda dengan mengajar mereka tentang perkara-perkara dibawah:
- pastikan anak-anak anda mengetahui nama-nama mereka, umur, nombor telefon, dan alamat rumah.
- cara hubungi anda dan panggilan kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- arah anak anda supaya sentiasa memberitahu anda dimana mereka berada.
- jangan beritahu orang lain yang dia keseorangan dirumah.
- katakan tidak mahu kepada orang dewasa yang tidak dikenali.
- jangan menerima sesuatu daripada orang asing, contoh hadiah, gula-gula.
- tiada sesiapun berhak untuk memegang anggota badanya.
Anda juga harus:
- menghubungi pihak sekolah atau pusat penjagaan sekiranya anak anda tidak tiba dan juga beritahu dengan siapa anak anda perlu diserahkan.
- tidak meninggalkan anak anda keseorangan ditempat awam ataupun didalam kereta walaupun hanya sementara.
- sentiasa menemani anak anda ketandas awam dan menasihatkan mereka untuk tidak berseorangan disitu.
VIDEO
ARTIKEL
Awasi Risiko Parasetamol Berlebihan bagi Kanak-kanak
Kanak-kanak yang menggunakan parasetamol (sejenis ubat yang digunakan untuk menahan sakit ataupun mengurangkan demam) dilapor boleh menyebabkan kemudaratan jika digunakan dalam sukatan yang walaupun sedikit berlebihan. Laporan ini terkandung dalam majalan saintifik Journal of Pe-diatrics (1998; 132:22-27) baru-baru ini. Mengikut laporan tersebut, dalam masa dua puluh tahun yang lalu, sekurang-kurangnya 24 orang kanak-kanak telah mati dan 11 lagi memerlukan pembedahan pemindahan hati selepas diberi parasetamol dalam amaun yang berlebihan daripada dos yang disyorkan berdasarkan berat badan kanak-kanak tersebut. Mengikut penyelidiknya, Dr. James Heubi, Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di hospital kanak-kanak Cincinnati, Amerika Syarikat, kajian tersebut menekankan bahaya penggunaan parasetamol bagi kanak-kanak dalam sukatan dos berlebihan, walaupun sedikit daripada apa yang disyorkan berdasarkan berat badan kanak-kanak itu.
Sukatan tunggal yang disyorkan adalah di antara 4.5 mg - 7 mg bagi setiap kilogram berat badan. Sukatan bagi sehari adalah di antara 23 mg - 34 mg bagi setiap kilogram berat badan.
Oleh itu, ibu-bapa dan penjaga kanak-kanak harus berwaspada apabila merawat kanak-kanak menggunakan parasetamol.
pecah kaca, pecah gelas,
sudah bace, harap balas,,,,,^_^,,,,,,,
wink***wink*** (*__^)
...semoga anda semua mendapat banyak informasi dari blog excel group85 dari kami......dengan ini kami memohon sepuluh jari sekiranya hasil ilmiah kami ini idak mencukupi dan tidak lengkap dan kami akhiri dengan serangkap pantun :-)
pecah kaca, pecah gelas,
sudah bace, harap balas,,,,,^_^,,,,,,,
wink***wink*** (*__^)
No comments:
Post a Comment