Sunday, April 1, 2012

RANCANGAN MENGAJAR & LEMBARAN KERJA


                                                             RANCANGAN MENGAJAR

Nama Tabika :           Boy Over Flower

Bilangan Murid :       25 / 25 tahun

Umur :                        5 tahun

Tarikh :                      27 Julai 2012

Cadangan Masa :      30 minit ( 9.00 – 9.30 )

Tema / Tajuk :           Keselamatan Diri

Tunjang Utama :       Bahasa Malaysia

Tunjang disepadukan : Perkembangan fizikal dan estetika – Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Perkembangan Sains dan Teknologi – Awal Sains

Standard Pembelajaran Utama :

( BM 1.1.7 ) mendengar arahan dan memberi respons

Standard Pembelajaran yang disepadukan :

       ( PFK 5.2.9 ) Menyatakan cara menghindari sumber, tempat / situasi yang membahaya seperti alatan elekterik, benda tajam , alat permainan, melintas jalan raya, tempat sunyi, tempat awam

      ( KTI 1.2.7 ) Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar

      (ST 13.3) Menggunakan CD dan VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.

     

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid boleh ;

- Mendengar arahan dan memberi respons apa yang diarahkan oleh guru

- Membezakan bahan yang bahaya dan tidak bahaya

      -Menghasilkan karya mengikut kreativiti

      - Memperolehi  pengetahuan dan kemahiran pada CD dan DVD

Pengetahuan Sedia Ada : Sebahagian murid dapat mengenali bahan dan tidak bahaya dan tentang keselamatan

Penerapan Nilai : Kerja keras, memberi tumpuan

Alat Bantu Mengajar : Pakaian keselamatan, gambar,laptop,LCD.

KBKK : Menjana idea, menyelesaikan masalah


<><> <><> <><> <><><><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><> <><> <><> <><> <><><><> <><> <><><><><><> <><><><> <><>

Langkah / Masa

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Cacatan / ABM

Set Induksi

( 5 minit )

-guru masuk ke kelas sambil memberi salam kepada murid dan guru ke kelas dengan memakai jaket keselamatan.



-guru menerangkan serba sedikit tentang keselamatan diri kepada murid.

-murid menyambut salam guru dengan penuh semangat sekali dan tertanya-tanya apa yang di pakai oleh guru tersebut.



-murid mendengar dengan penuh tekun setiap apa yang diterangkan oleh guru.

ABM : jaket keselamatan



Objektif : i



Nilai Murni : memberi penuh perhatian



KBKK : menjana idea

Langkah 1

( 10 minit )

-guru masuk ke kelas sambil membawa sebuah kotak yang berisi flash card bahan yang baik dengan bahaya.

-guru memanggil salah seorang untuk kehadapan dan memberitahu kepada rakan gambar apa yang dipegang.

-guru memberi arahan tentang aktiviti yang ingin dijalankan.

-guru mendemontrasikan tentang aktiviti yang ingin dijalankan.

-guru menunjukkan pelbagai gambar berkaitan dan minta murid mengasingkan benda atau bahan yang bahaya dan tidak bahaya.

-murid mula tertanya-tanya apa yang terdapat didalam kotak yang dibawa oleh guru.



-murid mendengar arahan guru dengan teliti dan memberi kerjasama.





-murid mendengar arahan guru dengan teliti.



-murid melihat demontrasi yang ditunjuk oleh guru dengan tekun.

-murid mendengar arahan guru dan memberi kerjasama sewaktu aktiviti sedang dijalankan.

ABM : flash card, kotak



Objektif : i, ii



Nilai Murni : tekun, kerjasama



KBKK : menjana idea

Langkah 2

( 10 miinit )



-guru memberi arahan tentang aktiviti yang ingin dijalankan dan menunjukkan ganbar yang berkaitan dan minta murid menampal kepingan kertas warna ke atas benda / bahan yang bahaya dan tidak bahaya.

-guru menunjukkan tentang orang asing yang bahaya dengan menggunakan CD yang dipasang oleh guru.

-guru meminta murid melakukan aksi keselamatan diri jika mereka digangu oleh orang asing atau terkena barang yang membahayakan mengikut imaginasi mereka.







murid mendengar arahan yang diberi oleh guru dan melakukan aktiviti yang ingin dijalankan.



-murid melihat dan mendengar dengan penuh khusyuk sekali apabila CD yang dipasangkan oleh guru.



-murid melakukan aksi tersebut dengan penuh bersemangat dan berkerjasama dengan ahli kumpulan mereka.

ABM : kertas warna, gambar peralatan



Objektif : i, iii, iv



Nilai Murni : tekun



KBKK : menjana idea, menyelesaikan masalah

Penutup

( 10 minit )

-guru mengimbas kembali dan bertanya kepada murid apa yang dipelajari pada hari ini.

-guru memberi lembaran kerja kepada murid.

-murid menjawab dengan penuh semangat.

ABM : lembaran kerja



Objektif : -



Nilai Murni : fokus



KBKK : menjana idea

Impak :Seramai 25/25 murid mencapai objektif yang dijalankan pada hari ini. Kerana murid telah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh guru.


LEMBARAN KERJA
LEMBARAN KERJA
Nama :                                                                                                            Tarikh :
Bulatkan benda yang merbahaya









          

    


      





No comments:

Post a Comment